welcome.
hello.
open my blog? just read it, dnt copy it.
fyi, all its mine.
buttons on the left - tag
ribbon - profile
paper clips - links
pens - blog
cheers.
2:29 AM
Wednesday, September 17, 2008
Lailatul qadar
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh,
aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Pandai lah engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.., " sambung Abah lagi. ha..ha..mati2 aku ingat kubah tu tgh sujud. Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. hehehehe selamat
berpuasa beb..rajin2 le ke masjid ;